Mengundi Kerana Apa?

Saturday, October 31, 2009 · 0 comments


Setiap kali tibanya pilihan raya, semua orang akan sibuk berkempen untuk jentera parti masing-masing. Tetapi pernahkah anda terfikir, kerana apa anda mengundi pemimpin atau parti tersebut. Saya ingin berkongsi satu email yang saya dapat untuk renungan bersama. Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman.

Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada
mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar
di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya
kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?
Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini
terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu
sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang
diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya
ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku
tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan
ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan
pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian
sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum
yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai
seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui
akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; ” Wahai si
polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri
sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata
dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan”
Jawap si pencuri, “Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini,
tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku”.
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan
segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, ”
Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri
ini?” Maka jawab sihakim, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang
diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk
melakukannya.” Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, ” Maka siapa pula
yang memberi kamu akan kuasa itu?” . Jawab sihakim, “Mereka yang membuat
akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet
negaraku”.
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan,
” Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian
yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?” Jawab ahli-ahli kabinet ”
Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah
dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah
hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan
hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami”.
Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli
kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan “Wahai kamu
sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak
hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak
melaksanakan hukum Ku.
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar
tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap ”
Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain.” Ada
pula yang menjawap, ” Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan
kesenangan dunia.”, Selain itu ada yang menjawap “Aku memilih mereka kerana
inginkan projek-projek”. Ada juga yang menjawab ” Aku memilih mereka kerana
aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah”.
Ada lagi yang menjawap, ” Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan
undang-undang Islam”. Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, “Kami memilih
mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung”.
Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, “Masuk
lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan
terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan.”
Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, ” Kalau saudara-saudari
tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah
saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta
semata”.
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah
persoalan ” AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar
rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya,
AKU MENGUNDI
KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI
KERANA APA???
Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.
Ibnu Walid
p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa
pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara
yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, ” hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Petikan drp Pakarhowto

Cari titik pertemuan

Friday, October 23, 2009 · 0 comments

WAHABI adalah fahaman yang diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Nejd.

Umum mengetahui Wahabi menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Malah, ajaran ini dilihat menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Berdasarkan sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis), Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan secara rasmi menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Kehadiran fahaman itu tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.

Sungguhpun sudah acap kali perkara ini dibincangkan, masih terdapat kesamaran yang perlu dijelaskan terutama bagi golongan yang 'kosong' mengenai fahaman ini.

Memang sukar bagi merungkaikan permasalahan ini kerana masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri dan yang tinggal barangkali ia perlu mendapatkan komitmen serta campur tangan golongan bijaksana.

Bagi yang menolak fahaman ini, sudah pasti mereka berhabis-habisan menegakkan hujah penentangan mereka.

Penolong Pengarah Jakim, Zamihan Mat Zin, berkata apa yang jelas, pendekatan cuba digunakan pengikut fahaman ini dilihat agak keras dan sememangnya boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, mungkin dalam konteks masyarakat di Malaysia, amalan kita terhadap perkara yang dianggap bidaah itu sebenarnya amalan yang baik, malah dituntut bagi melakukannya. Sudah tentu ada pihak rasa tercabar apabila perkara yang baik diperbahaskan.

"Seringkali juga soal penyatuan diperkatakan. Namun, ia seakan-akan tidak meninggalkan kesan yang mendalam. Sebelum ini juga, sudah banyak ruang dibuka bagi membicarakan perkara berkenaan.

Tujuannya bagi membendung gejala tuduh menuduh dan berkelahi sesama Islam dibiar berlarutan.

Penyeragaman amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dilihat amat perlu bagi menjamin keharmonian pegangan, amalan dan fahaman umat Islam negara ini," katanya.

Menurutnya, kekeliruan yang berlaku itu bermula apabila kumpulan itu memberikan teguran keras mereka ketika berhujah.

"Cara mereka (Wahabi) yang keras dan lantang menyelar amalan yang dilakukan masyarakat Islam di negara ini ibarat cuba mengelirukan kerana sudah sekian lama berpegang kepada ajaran daripada mazhab muktabar (Imam al-Syafie).

"Amalan yang dimaksudkan itu pula adalah bersifat 'aksesori' dan tidak menjejaskan akidah umat Islam. Jika ia terus dibiarkan dikhuatiri akan mengelirukan fahaman orang ramai yang menyedari amalan yang dilakukan mereka itu seolah-olah berdosa.

"Malah perilaku serta akhlak mereka yang mudah menuduh seseorang itu sesat, syirik dan amalkan khurafat ini menimbulkan perasaan kecewa di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berkata, secara umumnya, mereka perlu menghormati undang-undang negara ini dan tidak terus berdegil menggunakan metodologi keras itu kerana ia tidak sesuai diamalkan di sini.

"Paling ketara, fahaman ini meletakkan ukuran akidahnya berdasarkan 'tasybih la tasybih' iaitu menyamakan Allah dengan makhluk-Nya.

"Selain itu, mereka memilih ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai makna zahirnya saja," katanya.

Perkara itu katanya, mendedahkan mereka dengan 'gejala tajsim' iaitu amalan menvisualisasi zat Allah dengan sifat manusia.

"Ini akan mencalarkan sistem akidah mereka daripada landasan akidah Islam yang sebenarnya.

"Di antara masalah akidah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka mempercayai Allah duduk di atas arasy dan percaya Allah mempunyai tangan dan kaki," katanya.

Zamihan berkata, dari segi akhlak, golongan ini memperlihatkan emosi yang ternyata bercanggah dengan nilai sebenar seorang Muslim.

"Kita ditegah kafir mengkafir, menggelar orang Islam lain syirik dan sesat. Ini berlaku dalam masyarakat kita yang perlu disekat agar tidak menjadi doktrin bahaya.

"Metodologi 'terjah' yang cuba diamalkan ini akan menyebabkan orang awam yang tidak memahami gagal menilai erti sebenar apa yang mereka amalkan," katanya.

Zamihan berkata, orang awam juga diminta tidak berhujah kerana dibimbangi akan menambah buruk keadaan.

"Sebagai umat Islam, mereka perlu mengikut serta mengamalkan apa yang ditetapkan serta diguna pakai majoriti umat Islam di sini.

"Itu adalah tanda penghormatan mereka kepada negara kerana perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (mazhab Syafie) sudah sekian lama bertapak di negara ini.

Seperkara lagi yang cukup penting adalah perkara yang terjadi sekarang tidak hanya terhad kepada kebimbangan terhadap kemunculan Wahhabi, malah amalan melabelkan orang lain sebagai Wahhabi secara berleluasa juga perlu dihindarkan.

Sementara itu, pendakwah bebas, Muhamad Shamil Shahrin, berkata secara umumnya, tujuan mereka murni kerana berusaha menghidupkan semula manhaj ulama terdahulu iaitu generasi salafus soleh yang hidup pada kurun awal hijrah selepas zaman sahabat (yang diiktiraf Nabi Muhamad sebagai generasi terbaik selepas sahabat).

"Pendekatan mereka dalam amalan juga bertepatan dengan anjuran agama iaitu menjadikan setiap amalan berteraskan ilmu dan ilmu pula perlu berteraskan dalil yang diterima pakai sebagai hujah dalam agama.

"Selain itu, mereka juga antara golongan paling aktif dalam menyuburkan kuliah berbentuk ilmiah terutama di pusat pengajian tinggi yang kita ketahui ia medan kita menuntut ilmu pengetahuan. Ini sebahagian contoh baik untuk kita sama-sama teladani terutama mewujudkan minat dan menyuburkan kecintaan terhadap pencarian ilmu," katanya.

Beliau juga menyarankan supaya situasi pertelagahan yang berlaku perlu dipulihkan segera iaitu dengan mengambil pendekatan secara paling adil.

"Bagi mereka yang tidak sealiran ini, mereka perlulah mengurangkan jarak perselisihan dengan mencari titik pertemuan seperti cuba berbaik sangka dalam mencapai satu kefahaman terhadap perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Menjadikan dakwah, penerangan dan kefahaman sebagai keutamaan dan bukannya tergopoh-gapah menghukum dan mencari kesilapan orang lain. Memperluaskan bacaan agar ilmu kita tidak terhad kepada sebelah pihak saja dalam membantu kita bersikap adil dalam menilai hujah semua pihak," katanya.

Muhamad Shamil berkata, setiap umat Islam perlu terbabit mengikuti perbincangan secara ilmiah dan berhenti daripada terbabit dengan perdebatan.

"Umat Islam sepatutnya perlu mendalami ilmu agama (usul fiqh dan fiqh) agar dapat memahami sebab perselisihan ulama dalam masalah fiqah dan tidak hanya 'berbangga' dengan kefahaman yang mereka miliki bersandarkan pada zahir ayat atau hadis saja.

"Mungkin ada di kalangan masyarakat mendakwa sesuatu amalan sebagai Wahabi atau melanggar mazhab Syafie, padahal jika diteliti dalam kitab fiqh sendiri, sebahagian amalan itu anjuran mazhab Syafie. Kita perlu rajin menimba ilmu kerana disebabkan kecetekan ilmu, kita hanya menempah dosa terhadap agama," katanya.

Perjalanan hebat tetamu Allah

· 0 comments

SERAMAI 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama.

Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik.

Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.

Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah s.w.t mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah s.a.w bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.

Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.

Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.

Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.

Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.

Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah.

Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari. Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana.

Rasulullah s.a.w menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.





* kredit to Hmetro

Tazkirah Remaja: Membazir jejas khusyuk solat

· 0 comments

PERASAAN marah timbul selepas melihat seorang hamba Allah yang sedang membiarkan air paip mengalir deras tanpa henti-henti ketika dia berwuduk. Perbuatannya itu menyebabkan air melimpah dan bertakung di tempat mengambil wuduk berkenaan.

Bayangkan berapa banyak air yang digunakan untuk membasuh semua anggota wuduk. Yang mengecewakan adalah dia begitu asyik membasuh muka dan dibiarkan paip air terbuka deras. Amalan itu adalah satu pembaziran yang dilarang Islam. Itu baru melakukan perkara wajib belum diikuti lagi yang sunat.


Jika dikalikan dengan lima anggota wuduk maka lebih kurang 25 minit masa diambil dan selama itulah air akan terus mengalir. Entah berapa jumlah bil yang terpaksa ditanggung kalau ada sepuluh orang seperti lelaki itu. Apabila penulis menegurnya lalu dia memandang dengan muka menyinga seraya berkata 'berwuduklah'.

Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Dosa membazir, Allah sudah nyatakan dalam al-Quran. Membazir itu saudara syaitan. 'Title' yang Allah gelar kepada si pembazir dengan kalimat 'saudara' maknanya dekat sangat dengan perangai syaitan, saudara! bukannya sepupu atau dua pupu. Saudara itu tidak tahulah sama ada anak saudara, bapa saudara tetapi yang penting membazir adalah seolah-olah sedang dirasuk syaitan.

Hamba Allah yang membazir tadi sudah melakukan dosa kerana membazir dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan (khusyuk) solatnya.

Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Boleh jadi juga ini antara penyebab sudah lama bersolat tapi tidak berubah.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak.

Mereka seolah-olah lupa bahawa rezeki yang diperoleh itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Mereka menggunakan rezeki itu secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.

Dalam soal ini, Imam al-Syafie mengatakan pembaziran itu dengan pengertian mengguna atau membelanjakan sesuatu harta bukan pada jalan kebenaran atau dengan cara yang tidak memberi manfaat tetapi tidaklah pula dikatakan membazir jika ia dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan. Definisi ini telah dipersetujui jumhur ulama.

Walaupun para ulama memberi pengertian pembaziran itu hanya dalam skop pembaziran harta, tetapi tidak bererti dalam perkara lain tidak berlaku pembaziran. Apa sahaja perbuatan yang menjurus kepada pengurusan atau pekerjaan yang merugikan, ia termasuk dalam erti kata melakukan pembaziran.

Berdasarkan apa yang telah disebutkan tadi, pembaziran boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Pembaziran harta

2. Pembaziran masa

3. Pembaziran tenaga

Ketiga-tiga jenis pembaziran ini berlaku tanpa kita disedari disebabkan kelalaian kerana terlalu ghairah mengejar cita-cita atau terlalu lemah dalam mengurus atau mentadbir sumber yang ada seperti masa dan tenaga.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.




Politik punca perbalahan

· 0 comments

PERBEZAAN pendapat mengenai sesuatu isu menyebabkan semangat perpaduan sesama umat Islam terhakis. Kesannya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain.

Umat Islam perlu mengelak sebarang perselisihan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merapatkan kembali ikatan perpaduan sesama umat.


Firman Allah yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu)." (Surah al-Hujurat, ayat 10).

Politik tidak dapat dipisahkan dengan Islam yang bersifat syumul (sempurna) dalam segenap perkara yang membabitkan urusan dunia dan akhirat.

Namun, jika umat Islam terus merenggangkan perbezaan fahaman politik masing-masing, maka tercetuslah perpecahan ummah yang melemahkan kekuatan Islam.

Lebih teruk jika perjuangan politik hanyalah semata-mata untuk kedudukan serta kepentingan peribadi.

Walaupun bertujuan baik, keadaan yang sesak dalam suasana yang berhimpun padat itu akan mewujudkan situasi kurang sopan yang mencerminkan budaya yang tidak sihat.

Ini memudahkan musuh mencatur agenda memusnahkan perpaduan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisihan), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Surah al-Anfal, ayat 46).

Tujuan berdemonstrasi harus jelas dan menjamin impak terbaik buat semua. Jika sekadar wadah bagi mengumpul kekuatan dan menunjukkan kehebatan diri sendiri, ia menyalahi tuntutan Islam.

Apakah sudah tiada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sesuatu isu selain berdemonstrasi?

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya." (Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk." (Surah al-Hujurat, ayat 11).

Jika dilihat secara positif, terdapat beberapa cara yang dituntut Islam bagi menyuarakan sesuatu pendapat atau mengajak manusia ke arah kebaikan.

Contohnya, apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Firaun bagi menerima keesaan Allah, lalu diperintah mereka menuturkan kata-kata yang lembut dan bukan dengan angkuh atau menggunakan kekerasan.

Firman Allah yang bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut." (Surah Toha, ayat 43-44).

Konsep tegur-menegur secara berhikmah dan berhemah adalah sesuatu yang amat indah bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri.

Rasulullah pernah bersabda berkaitan perihal menegur pemimpin yang antara lain bermaksud. "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan.

Tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan nasihatilah dia secara sembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Budaya demonstrasi perlu dibendung agar ia tidak menjadi acuan serta budaya dalam masyarakat di negara ini.

Jika budaya ini menular, anak-anak mudah memberontak kepada kedua orang tuanya, murid cepat melenting dengan gurunya malah pekerja tiada kerja lain melainkan mahu menunjuk perasaan kepada majikannya sahaja.

Demonstrasi keterlaluan akan menyebabkan nama negara tercemar di mata dunia serta kepimpinan negara mendapat aib yang besar.

Sesungguhnya Islam menyeru umatnya jangan mendedahkan keaiban orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Dakwah tugas setiap Muslim

· 0 comments

ISLAM adalah agama Samawi terakhir yang diturunkan Allah menjadi pedoman hidup umat manusia. Kedatangan Islam memansuhkan syariat yang diturunkan kepada nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" (Surah al-Ali 'Imraan, ayat 19).


Jelas, Allah tidak menerima agama lain selain Islam. Perkara ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang yang rugi." (Surah Ali 'Imraan, ayat 85)

Tugas menyebarkan dakwah perlu digalas setiap umat Islam. Ia kesinambungan kepada tugas Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun.

Dakwah tidak hanya tertumpu kepada bukan Islam menerima Islam, bahkan ia adalah proses menyeru umat Islam yang lalai kembali kepada ketetapan yang digariskan Islam.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi pembantu bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan." (Surah at-Taubah, ayat 71).

Prinsip ini yang sentiasa menjadi ingatan setiap individu Muslim agar umat Islam terus menjadi yang terbaik. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali 'Imraan, ayat 110).

Islam tidak pernah membebani umatnya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim).

Pendekatan "dakwah bi al-hal" atau dakwah dengan penampilan diri adalah antara cara paling mudah bagi menyeru manusia menerima Islam.

Sifat terpuji seperti bercakap benar, sabar, kasih sayang, hormat menghormati dan merendah diri harus sentiasa sebati dalam diri setiap individu Muslim.

Dakwah melalui penampilan diri sebenarnya lebih mudah jika setiap Muslim sedar peranan mereka menyebarkan dakwah.

Sebaliknya, jika kita tidak berusaha menjauhkan diri daripada melakukan sifat tercela seperti sombong, hasad dengki, tamak, bangga diri, rasuah dan khianat, ia memberi gambaran buruk kepada Islam.

Firman Allah S.W.T bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya." (Surah al-Anfaal, ayat 25).

Sesungguhnya pahala yang besar menanti mereka yang sentiasa berjuang menegakkan agama Islam serta menyebarkan kepada umat manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah tidak menyerahkan amanah yang mulia ini kepada manusia jika tidak mampu memikulnya. Firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286).





* kredit to hmetro

Usah pinggir mereka!

· 0 comments

REMAJA adalah tahap kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Ketika ini, usia masih muda, tenaga gagah perkasa dan nafsu meluap-luap.

Tidak hairanlah, tanpa bimbingan ibu bapa, golongan remaja mudah terjebak ke lembah maksiat dan gejala sosial yang membimbangkan.


Gejala seks bebas, rempit, bohsia, penyalahgunaan dadah, rogol, mengambil minuman keras, merokok, bergaduh, ponteng sekolah dan kes jenayah tidak dapat dipisahkan dengan remaja.

Masalah sosial ini berlaku di mana-mana negara di dunia tetapi jika tidak ditangani secara bijak, ia ibarat api dalam sekam malah boleh menjadi barah yang kelak membahayakan masyarakat.

Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membanteras gejala sosial di kalangan remaja tetapi hasilnya masih kurang memuaskan.

Persoalannya, mengapa gejala ini berleluasa dan menjadi kudis dalam masyarakat?

Apakah kaedah sedia ada kurang berkesan menangani gejala sosial di kalangan remaja? Bagaimana dengan pendekatan Islam?

Pendakwah bebas, Ustaz Zawawi Yusoh, berkata Islam adalah agama lengkap yang menyediakan kaedah penyelesaian terhadap semua masalah masyarakat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Talaq: 2-3).

“Jiwa remaja Islam perlu sentiasa dibimbing dan diperingatkan mengenai asal-usul mereka dicipta dan dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini.

“Mereka mempunyai peranan besar jika digilap dengan baik tetapi jika dibiarkan hasilnya seperti lilin yang tidak mempunyai apa-apa selepas api padam,” katanya.

Beliau berkata demikian di program Diskusi Ad-din bertajuk ‘Gejala Sosial Remaja, Cara Islam Pendekatan Terbaik Menanganinya’ sempena Karnival GegaRia Metro 2009 di Dataran Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Terengganu baru-baru ini.

Perbincangan dipengerusikan Pegawai Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Zamannudin Jusoh dan disertai Penolong Pengarah Jakim, Ustaz Zamihan Mat Zin.

Zawawi berkata, persepsi masyarakat terhadap golongan itu perlu diubah dengan mendekati mereka dan bukan meminggirkan kerana sikap itu hanya menjadikan keadaan lebih parah.

Justeru, katanya perlunya ada bimbingan semua pihak untuk membantu mereka mencari hala tuju supaya tidak lari daripada norma kehidupan sebagai umat Islam.

“Masalah keruntuhan akhlak remaja masa kini kebanyakannya tidak dapat lari daripada kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga itu sendiri.

“Perkembangan berkenaan bukan saja menyebabkan mereka (remaja) keliru, contohnya masalah perceraian yang menyebabkan mereka keliru sehinggakan ada mengambil jalan pintas serta melakukan perbuatan maksiat,” katanya.

Beliau berkata, remaja akan terumbang ambing jika pemikiran mereka tidak seimbang dan akhirnya melihat aktiviti songsang sebagai jalan keluar mengatasi masalah mereka.

“Remaja yang mempunyai hala tuju hidup serta beriman akan mengerti erti kebebasan. Mereka tahu kebebasan itu bukan selamanya harus dituruti tetapi perlu ditangani dengan bijaksana.

“Memang lumrah remaja memerlukan kebebasan menentukan keputusannya, namun dari aspek lain mereka masih memerlukan bimbingan ibu bapa,” katanya.

Bagi remaja yang beriman, mereka akan menghadapi suasana sosial dengan lebih tenang dan sabar, sehingga menjadi remaja cemerlang.

Pendidikan seimbang serta selari dengan kehendak Islam akan memberi fokus kepada belajar untuk berfikir danmelahirkan individu yang baik.

Sementara itu, Zamihan berkata, apabila berlakunya kepincangan dalam pendidikan ia menyebabkan remaja tidak matang malah mudah diserang pelbagai gejala sosial di persekitaran mereka.

Menurutnya, di zaman cendikiawan Islam dulu, mereka mengenali Allah dulu sebelum mencipta teori untuk dibangunkan bagi kesejahteraan ummah.

Selain kepincangan dalam pendidikan, katanya kesilapan turut berlaku dalam masyarakat itu sendiri. Orang baik duduk dalam kelompok jahat dan terpengaruh menjadi jahat sementara orang jahat dalam kelompok baik boleh menjadi sebaliknya.

“ Ibnu Khaldun berkata manusia anak kepada persekitaran, persekitaran amat penting untuk membentuk akhlak seseorang.

“Di zaman Bani Israel, kisah seorang hamba Allah yang membunuh 100 orang dan ingin bertaubat dan dia disuruh ke kawasan orang baik-baik kemudian mati dalam perjalanan. matinya sebagai orang baik,” katanya.

Ketika mengulas berhubung perundangan, Zamihan berkata undang-undang yang berasaskan akidah ialah hukum dan didik, bukannya undang-undang yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sehubungan itu, katanya perlu ada beberapa langkah perlu untuk mengatasi masalah ini, antaranya perubahan dengan rela bukan paksaan.

Katanya, perubahan secara paksaan tidak tahan lama kerana ia tidak mempunyai perancangan untuk jangka masa panjang serta mengubah seseorang secara sepenuhnya.

Dalam rumusannya, beliau mengakui punca keruntuhan akhlak remaja Islam termasuk penderhakaan kepada Allah, tidak menunaikan solat, berpuasa dan menutup aurat ada kaitan dengan kurangnya didikan agama.

Kedua-dua panel bersetuju pendekatan pendidikan Islam jalan terbaik mendidik remaja di peringkat awal selain memanfaatkan institusi masjid.

Pendekatan masjid boleh dilakukan dengan mengimarahkan program berkaitan remaja termasuk menganjurkan ceramah agama dan motivasii.

Pengurusan masjid perlu mengajak atau memasukkan remaja sebagai ahli jawatankuasa kerana mereka tahu apa yang rakan sebaya mahukan untuk menjadi remaja muslim cemerlang.



* Kredit to Kosmo 

Kewajipan pelihara bumi Allah

· 0 comments

SEBAGAI khalifah Allah di muka bumi, manusia memikul amanah cukup besar. Manusia bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).


Sebenarnya, semua ciptaan Allah yang terdiri daripada haiwan, tumbuhan, lautan, gunung-ganang malah virus yang amat kecil itu mempunyai faedah tersendiri buat kehidupan manusia.

Semua diciptakan Allah untuk dimanfaatkan dengan cara yang terbaik bagi memudahkan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Begitulah kehebatan dan rahmat Allah SWT yang tidak sesekali membiarkan manusia hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kedaifan. Dengan sifat ar Rahmaan dan ar Rahim-Nya, manusia sama ada yang beriman atau kufur terus diberi nikmat. Hal ini sewajarnya menjadikan manusia semakin tunduk patuh kepada-Nya.

Bagi hamba yang memiliki iman yang sempurna, segala kejadian ciptaan Allah menjadikan mereka sentiasa berfikir mengenai kehebatan Allah SWT.

Penciptaan makhluk di langit dan di bumi menjadi antara tanda jelas membuktikan kewujudan dan kehebatan Allah s.w.t.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3).

Secara jelas, Islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi. Kerosakan yang dimaksudkan termasuk melakukan perbuatan maksiat dan keji oleh mereka yang alpa akan larangan Allah serta kerosakan yang membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.

Dewasa ini, sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya.

Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77).

Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik.

Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik.

Justeru, manusia sebagai khalifah tidak terlepas daripada tanggungjawab bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi yang boleh menjejaskan perjalanan sistem ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu." (Surah Ibrahim, ayat 32-33).

Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara, manusia seharusnya mengawal diri daripada terus mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan.

Fenomena seperti tanah runtuh, banjir kilat dan jerebu haruslah dijadikan renungan agar kita dapat memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap kerakusan mengaut keuntungan dunia yang tidak berkesudahan.

Maka, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keindahan alam semula jadi agar generasi akan datang akan terus mendapat nikmat yang tidak ternilai ini.

Elak perangkap riya' dalam ibadat

· 0 comments

RIYA' (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra'a, yura'i, yang turut dituturkan dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk.

Ia boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.


Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat.

Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan.

"Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)

Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.

Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya."

Memang Allah Terkaya, manakala yang lain adalah fakir serta bersifat serba kekurangan dan lemah, sentiasa memerlukan kepada-Nya.

Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya.

Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkan niat dan tujuan kepada-Nya sahaja.

Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan riya' adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa.

Tetapi nilai dosa dari perbuatan riya' berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya' dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.

Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:

1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.

2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.

Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.

3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.

Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.

Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.

Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.

Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.

Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.

Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.

Perbuatan zina bunuh rasa malu

· 0 comments

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:



1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.



11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.


12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.



13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.


14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.



15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.


16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Perkara dilarang ketika solat

· 0 comments

# Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

# Berdiri di atas satu kaki


# Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

# Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

# Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

# Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

# Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

# Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

# Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

# Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

# Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Automatic Thumbnail and Read More Function for Blogger

Tuesday, October 20, 2009 · 0 comments







This is only for users which has already installed this code on their templates, they need only to update a link.



1. Go to edit HTML --> search for this:

http://kfile.110mb.com/summary-post.js



2. Replace it with:

http://blogergadgets.googlecode.com/files/excerpt.js



Save.




NEW USERS READ THIS:

Read more function is used to cut our post on homepage, post will appear fully when we click read more link. It's cut automatically and if we insert image, it appears thumbnail.

This is automatic read more function with thumbnail. We just need to set up our HTML code.



Follow steps:

1. Go to "Layout" click "Edit HTML"

2. Tick on "Expand Widget Templates"

3. Find this code

<*data:post.body/*>



4. Replace with this code below

<*script type='text/javascript'*>

summary_noimg = 430;

summary_img = 340;

img_thumb_height = 100;

img_thumb_width = 120;

<*/script*>

<*script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/excerpt.js' type='text/javascript'/*>

<*b:if cond='data:blog.pageType != "item"'*>

<*div expr:id='"summary" + data:post.id'>


<*script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary");

<*span class='rmlink' style='float:right'>Read more

<*/b:if>

<*b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
sila buang tanda *




5. Save / Check your blog



clarification code above:

summary_noimg = 430; is post cut height without image

summary_img = 340; is post cut height with image

img_thumb_height = 100; is thumbnail image height

img_thumb_width = 120; is thumbnail image width



- If you need help to install it or to customize it, just leave a comment.



SEMAKAN SAMAN

· 0 comments










JPJ


PERTANYAAN ATAS TALIAN











Masukkan No K/P :




Sistem Penyemakan Saman Berkomputer


 


 


Keown Prop.











Personaliti Kawe

· 0 comments

Ni adalah serba sedikit mengenai perangai aku kalau mengikut tarikh lahir, yang aku tengok berdasarkan kajian2 yang dipaparkan di internet. korang search la sendiri kalau nak tahu. Tak semuanya betul, tapi saje aku nak post..



Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

Confidence Quotes from DollieLove.com




Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Confidence Quotes from DollieLove.com



Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
Confidence Quotes from DollieLove.com

Radio Online

Nak Cakap Pape??

Bil Pelawat Sejak 6 Feb 2010

free counters

Text Encryption/Decryption

Enter Key:(Up to 5 characters & remember it)

Enter/show Text:

Enter/show Encrypted text: