Penjagaan diri

Thursday, March 25, 2010 · 0 comments



Apakah yang membuatkan seorang wanita menyenangi seorang lelaki? Rejim penjagaan diri yang betul dan kebersihan diri sudah memadai membuatkan wanita ‘cair’.

PENGGUNAAN krim pelindung matahari sebagai kemestian rejim penjagaan kulit harian.

SIAPA kata wanita hanya mementingkan wajah yang kacak, wang ringgit dan material untuk mendekati lelaki? Jika ada yang berpendapat begitu, fikirkannya semula. Tidak sukar bagi seorang lelaki untuk didekati oleh wanita meskipun anda kurang tampan.

Jika selama ini anda mengabaikan rejim penjagaan diri, apa kata mulai sekarang anda mengubah sikap itu.

Anda tidak perlu memakai pakaian yang mahal dan minyak wangi berjenama untuk memikat hati seorang wanita. Sebaliknya, seorang wanita amat menyenangi seorang lelaki yang kemas penampilannya, bersih dan tahu membawa diri mengikut situasi.

Hakikatnya, tanpa secalit sapuan alat solek di wajah lelaki pun sudah cukup membuat seorang wanita terpesona.

Namun, tidak ramai lelaki yang tahu bahawa mereka memiliki faktor 'X' yang mampu mencairkan hati wanita jika kena caranya.

Jadi, apakah faktor yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki? Ikuti tip-tip berikut:

Kulit wajah

Saban hari kulit sering terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan pencemaran udara di samping sinaran ultra ungu yang memudarat kesihatan.

Kesannya, wajah beransur-ansur kelihatan kusam dan tidak bermaya.
LELAKI harus pastikan misai dan janggut tidak berserabut.

Bagi lelaki yang mementingkan kesempurnaan dan kebersihan kulit wajah, gunakanlah penggunaan produk penjagaan kulit.

Bersihkan wajah setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari.

Gunakan pembersih wajah yang sesuai bagi menghilang kotoran, menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan liang roma untuk mengelakkan masalah jerawat.

Oles krim pelindung matahari untuk melindungi wajah anda. Selain mengatasi masalah pengeluaran minyak yang berlebihan krim itu mampu mengelakkan pori-pori wajah daripada tersumbat.

Sekiranya anda mempunyai kuit yang kering maka pelembap dengan formula antipenuaan, menegang kulit sesuai menangani kekeringan itu.

Sebaliknya untuk kulit berminyak pula, pelembap ringan yang berasaskan air boleh menjadi pilihan.

Selain penggunaan produk penjagaan kulit, untuk menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda, pengambilan makanan berkhasiat penting.

Misalnya ikan salmon, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan tentu sekali minum banyak air.

Rambut

Lelaki yang berambut pendek lebih mudah diurus. Pilih syampu dan perapi rambut yang sesuai.

Begitu juga dengan rambut yang kering dan mempunyai masalah kelemumur. Gunakan produk yang sesuai untuk mencegah kelemumur.

Masalah rambut kering pula boleh tangani melalui penggunaan perapi atau pelembap selepas rambut dicuci.
MANICURE dan pedicure sesuai bagi lelaki yang tiada masa untuk membersihkan kuku.

Rambut beruban juga antara masalah yang menghantui golongan lelaki muda. Masalah itu bukan sahaja disebabkan faktor genetik tetapi pemakanan.

Dapatkan khidmat di salon rambut untuk mewarna rambut beruban itu. Pastikan rambut yang panjang di sikat kemas.

Misai, janggut dan jambang

Apabila lelaki memilih untuk menyimpan misai dan jambang, pastikan kedua-dua aksesori asli lelaki ini tidak berserabut.

Seeloknya misai atau jambang dicukur kemas untuk gaya yang bersih. Sesetengah wanita menyukai lelaki yang mempunyai rerambut di tubuh badan terutama di wajah dan dada.
DEODORAN bertindak menghindar bau peluh.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna golongan lelaki perlu melupakan soal penjagaan rerambut itu. Gunakan alat yang sesuai bagi mencegah sebarang alahan kepada kulit.

Penjagaan kuku

Kuku menjadi lambang personaliti seseorang secara keseluruhan. Selain wanita, golongan lelaki juga bertanggungjawab menjaga kebersihan kuku.

Bagi golongan lelaki yang tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk penjagaan kuku, mungkin boleh mendapatkan khidmat manicure dan pedicure.

Gigi

Senyuman yang menawan sangat penting. Namun, pastikan anda tidak mempunyai masalah gigi dan mulut. Kurangnya penjagaan mulut menyebabkan nafas berbau.
PEJAGAAN rambut sama penting seperti wajah.

Sekiranya anda memerlukan rawatan pergigian, berjumpalah doktor gigi. Sebagai tambahan, gunakan produk pemutih gigi yang terdapat dalam pasaran ataupun lakukan sendiri di rumah.

Bau badan

Biarpun mungkin ada yang beranggapan masalah bau badan sering berlaku kepada individu yang bertubuh besar, sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bau badan banyak dipengaruhi oleh makanan dan faktor kebersihan.

Mandi dapat menghilangkan bau peluh, tetapi hanya seketika. Namun, ia bukanlah penyelesaian mutlak kerana ramai lelaki yang mudah berpeluh.

Jadi, gunakanlah deodoran. Deodoran bertindak mencegah bau peluh dengan lapisan wangian.

Ada yang menyatakan bahawa deodoran jenis putar lebih efektif bagi mereka yang kuat berpeluh.

Video lawok -Layan jer

Friday, March 12, 2010 · 0 comments

Radio Online

Nak Cakap Pape??

Bil Pelawat Sejak 6 Feb 2010

free counters

Text Encryption/Decryption

Enter Key:(Up to 5 characters & remember it)

Enter/show Text:

Enter/show Encrypted text: